BlogYYY
Sunday, 24 April 2011,10:42
sehari di sunway lagoon
mula mula sampai itik biru comel ni la menjadi sasaran aku dan kazen kazen aku ni . yang aku tak paham kenapa ada koboi pulak tu tengah tengah hari yang panas tak hengat tu . abang ! dua benda je lupa nak tanya , abang ada kancing gigi ke atau mulut berbau ? hihi .
btw meet my lovely cousins . rindu nak lepak dengan kau orang lagi . seriusly .
dis is wildlife park . bajet je ni . padahal tak masuk pun . tak sempat tau . mana tak nya sampai sesat sesat dalam tu even ada map . bila tanya bangla yang jual ais krim tepi tepi tu , depa dok senyum menyeringai lagu kerang busuk . aku pun tunggu dia nak jawab apa . last last dia cakap akak u boleh pergi itu kaunter depan u ambik dia punya map and u tengok . dalam hati aku time tu , saba sha . dah la dia panggil kau kakak boleh bantai suruh pergi ambik map yang memang dah ada kat tangan abang sepupu aku time tu . aku nak sepuk je bangla ni . tapi aku senyum dan aku cakap , "bos tenkiu bos , saya memang tanya mana nak dapatkan map mana ada tanya tempat mandi mandi tu dekat mana kan . " yang lain apa lagi gelak laa . aku pun nak tergelak sebenarnya bila tengok mamat bangla yang blurr tu . aku cakap macam tu pun dia boleh senyum . tau la gigi putih . adeihhh . dah malas nak tanya , kita orang menahu la apa lagi .
meet my lovely little cousin , fatin amanina abu . paling rapat dengan aku . apa sahaja aku buat mesti sama dengan dia . cara merajuk ke , tido ke , gelak je dia tak boleh lawan aku . hehe . time ni tengah main cawan yang pusing pusing macam dekat genting tu . sumpah macam budak budak dah aku rasa . hilang stress . sumpah .
part ni aku paling tak suka . jambatan gantung , tapi bagi aku dah macam tali gantung dah . ya ALLAH . jambatan gantung paling panjang kot . dah la cuaca panas , jambatan tu bantai ada lubang lubang yang mana kita boleh pandang bawah . boleh bayangkan tak . kalau setakat kayu tu dia susun rapat rapat , memang aku lari pecut seratus meter atas jambatan tu . bila ada lubang lubang tu , apa lagi terpaksa batalkan hasrat . abang botak tu pada mulanya berani last last dia pun macam aku . muka je legend tapi hati jambu . hehe .
hahaha . ini bukan nangis eh , ni namanya cara terbaik untuk rehatkan mata dengan mengeluarkan air dari mata . sumpah aku takut gila time ni . abang ibal and abang asrul kau orang memang jahat nak snap pic sha time ni kan .
last but not least , snap pic dekat patung sunway lagoon ni . maskot yang paling comel kot .tak sah la kan kalau tak snap pic kat sini . btw , aku nak pergi lagi sini tapi nak pergi dengan si dia la kot lepas ni . ehemmm . hihi . we will wait and see .
Thursday, 14 April 2011,06:51
pemain game tegar
pantang ada game baru pasti aku nak try main . kalau main saja saja takpe , ini sangat fokus sampai mak panggil pun buat buat tak dengar . mak balik kuantan jangan lupa gaji adik . hehe
tak kesah la game kat facebook ke , game yang dicopy dalam pendrive ke , semuanya aku nk main . sampai kat wall fesbuk aku pun penuh dengan iklan iklan dari citiville . adeihh . mula mula oke lah tapi bila dah banyak sangat aku pun semak . haha . tapi main game ni macam macam kerenah . sampai kena merayu rayu bagai nak donut la , permit la , macam macam . memang tebal gila muka nak mintak tapi nak buat macam mana nak siapkan goal punya pasal . hehe . pendek cerita macam istilah sistem barter tau . what u give , u get back . lebih kurang la . cuma rajin tak rajin je nak clik .
part ni kelakar sikit .lagu seksis by kak nita kalau kita dengar part corus dia nyanyi lagu ni jangan pandang ku sebelah mata , hanya kerna nama ku wanita . kan kan kan . tapi ni tukar sikit . jangan pandang citiville sebelah mata , kerna siap ada group di fb . haaaa . nampak . maju tak maju . terima kasih arif azmi yg mencipta . dekat group tu la boleh mintak and request macam macam . dapat tak dapat tu lain cerita . usaha tu penting . hihi .
so fo those yang baca ni jangan jadi addict macam aku oke .
,05:22
saja saja
Gambar pertama yang diupload dalam blog ni. aku memang tak banyak koleksi gambar . selalunya ambik pendrive cucuk kat lappy membe then copy and paste . itulah kerja aku .terima kasih daun keladi . kalau rasa lappy kau dah penuh dengan gambar aku , meh bluetooth . lai lai . haha .
"gambar ni time aku secondary school . pergi holiday dengan family di langkawi . agak agak bila nak pergi lagi ? "
Wednesday, 13 April 2011,03:27
budak baru belajar
Tanggal 13 april aku baru nak berjinak jinak dalam dunia bloggers ini . Petang yang aku rasa suram ini jadi saksi aku mula menulis dan berkarya dalam diari maya ini . kalau A . Samad Said perlu keadaan yang tenang dan suasana yang indah untuk berkarya , tapi bagi insan yang bernama aishah shahira ini tak perlu semua itu . apa yang penting aku nak kongsi segala apa yang ada dalam coretan kosong ini . terus terang aku tak pandai nak guna bahasa melayu yang perlu untuk aku berpuitis . cukup sekadar bahasa perbualan harian biasa aku .
*kepada bff ku , aku dah ada blog . hee .