BlogYYY
Sunday, 24 April 2011,10:42
sehari di sunway lagoon
mula mula sampai itik biru comel ni la menjadi sasaran aku dan kazen kazen aku ni . yang aku tak paham kenapa ada koboi pulak tu tengah tengah hari yang panas tak hengat tu . abang ! dua benda je lupa nak tanya , abang ada kancing gigi ke atau mulut berbau ? hihi .
btw meet my lovely cousins . rindu nak lepak dengan kau orang lagi . seriusly .

dis is wildlife park . bajet je ni . padahal tak masuk pun . tak sempat tau . mana tak nya sampai sesat sesat dalam tu even ada map . bila tanya bangla yang jual ais krim tepi tepi tu , depa dok senyum menyeringai lagu kerang busuk . aku pun tunggu dia nak jawab apa . last last dia cakap akak u boleh pergi itu kaunter depan u ambik dia punya map and u tengok . dalam hati aku time tu , saba sha . dah la dia panggil kau kakak boleh bantai suruh pergi ambik map yang memang dah ada kat tangan abang sepupu aku time tu . aku nak sepuk je bangla ni . tapi aku senyum dan aku cakap , "bos tenkiu bos , saya memang tanya mana nak dapatkan map mana ada tanya tempat mandi mandi tu dekat mana kan . " yang lain apa lagi gelak laa . aku pun nak tergelak sebenarnya bila tengok mamat bangla yang blurr tu . aku cakap macam tu pun dia boleh senyum . tau la gigi putih . adeihhh . dah malas nak tanya , kita orang menahu la apa lagi .

meet my lovely little cousin , fatin amanina abu . paling rapat dengan aku . apa sahaja aku buat mesti sama dengan dia . cara merajuk ke , tido ke , gelak je dia tak boleh lawan aku . hehe . time ni tengah main cawan yang pusing pusing macam dekat genting tu . sumpah macam budak budak dah aku rasa . hilang stress . sumpah .
part ni aku paling tak suka . jambatan gantung , tapi bagi aku dah macam tali gantung dah . ya ALLAH . jambatan gantung paling panjang kot . dah la cuaca panas , jambatan tu bantai ada lubang lubang yang mana kita boleh pandang bawah . boleh bayangkan tak . kalau setakat kayu tu dia susun rapat rapat , memang aku lari pecut seratus meter atas jambatan tu . bila ada lubang lubang tu , apa lagi terpaksa batalkan hasrat . abang botak tu pada mulanya berani last last dia pun macam aku . muka je legend tapi hati jambu . hehe .
hahaha . ini bukan nangis eh , ni namanya cara terbaik untuk rehatkan mata dengan mengeluarkan air dari mata . sumpah aku takut gila time ni . abang ibal and abang asrul kau orang memang jahat nak snap pic sha time ni kan .
last but not least , snap pic dekat patung sunway lagoon ni . maskot yang paling comel kot .tak sah la kan kalau tak snap pic kat sini . btw , aku nak pergi lagi sini tapi nak pergi dengan si dia la kot lepas ni . ehemmm . hihi . we will wait and see .